10 Tempat Menarik Di Selangor

Kalau sebut pasal Selangor, memang rata rata orang di Malaysia ni akan terbayangkan gambaran dikepala tentang perkara ini

-Negeri yang kaya,
-Bola Sepak dan Allahyarham Mokhtar Dahari,
-Masjid Biru Shah Alam

3 perkara diatas ni memang tak asing lagi sebagai simbolik untuk negeri Selangor. Tapi banyak juga yang menarik di negeri Selangor ni, kita ambil dari segi tempat tempat yang menarik.

Mungkin 10 tempat menarik dibawah ini anda pernah dengar atau tak sangka di Selangor pun ada juga rupanya, lagi lagi yang no 10 tu. Ok teruskan membaca.

1. Taman Botani Shah Alam

Taman Botani Shah Alam atau pernah dikenali suatu masa dahulu sebagai Bukit Cherakah menyediakan pelbagai aktiviti sesuai untuk semua peringkat umur.

Sesuai sangat untuk mereka yang cintakan alam kehijauan dan semulajadi.

Jika sukakan cabaran di kawasan terbuka, dikelilingi pokok-pokok hijau, inilah juga tempat yang terbaik untuk menguji stamina anda.

gambar via http://tbnsa.gov.my/


Disini ada juga rumah 4 musim, dan memang menariklah kalau datang dengan family untuk beriadah, berbasikal. Berjalan juga bagus disini dan sediakanlah air supaya tak kehausan.

Harga Tiket: RM3 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)

Anda buka google maps atau waze InsyaAllah sampai.

2. Taman Alam Kuala Selangor

Pokok pokok hijau pasti boleh meredakan kepedihan mata yang kerap melihat facebook. Tempat ini mampu menenangkan perasaan kacau dan menyegarkan tubuh yang keletihan. Inilah tempatnya untuk anda yang cintakan flora dan fauna.

Taman Alam Kuala Selangor ini meliputi lebih 200 hektar tanah pinggir laut di mana sebahagian besarnya terdiri daripada paya bakau yang penting untuk pembiakan ikan dan penting juga untuk ekosistem darat dan laut.

gambar via http://www.mdks.gov.my/


Menjadi tempat persinggahan lebih daripada 150 spesis burung dan kira-kira 100,000 ekor burung daripada 30 spesis singgah di kawasan ini semasa berhijrah.

Menara pula untuk melihat taman ini dari sudut pandang yang berbeza. Bagi yang mahu bermalam, chalet dan pondok berbentuk A turut disediakan. Pengunjung mempunyai 4 pilihan laluan sejauh 550 meter sehingga 1.1km.

3. Bukit Broga

Menjadi tumpuan aktiviti pendakian umat Lembah Klang. Ramai yang mengenali dan pernah mendaki Bukit Broga. Tingginya hanya 400 meter. Jadi, pendakian mengambil masa kira-kira sejam sahaja. Walaupun sejam, jangan cuba cuba jika tiada melakukan persiapan fizikal.

Laluannya tidaklah sukar gunung, tapi ia cukup untuk membakar lemak. Disebabkan itulah ia sentiasa ramai terutama semasa hujung minggu.



Bukit ini tidak mempunyai banyak pokok sebagaimana bukit yang lain. Pokok-pokok hutan hanya ditemui dalam perjalanan 15 minit pertama.

Selepas itu, permukaan tanahnya ditumbuhi lalang, lantas menjadikan pemandangan puncaknya begitu indah. Bagi ramai orang, ia umpama berada di luar negara. Bagi yang pernah dengar tapi tak tau lokasi sebenarnya, Bukit Broga ini terletak di Semenyih di dalam daerah Hulu Langat, Selangor.

4. Pantai Morib

Tidak terkenal seperti pantai Port Dickson, namun Pantai Morib merupakan pantai yang terkenal di Selangor. Ia menjadi pilihan keluarga untuk beriadah sambil menikmati keindahan pokok Rhu di sepanjang pantai menjadikanya sesuai untuk seisi keluarga.

gambar via http://www.mdkl.gov.my/


Gerai makan juga banyak. Makanan laut goreng goreng yang baunya akan membuatkan anda lapar pasti mengundang pengunjung mengisi perut sambil melihat keindahan lautan yang terbentang luas.

Pantai ini juga hampir dengan tempat-tempat menarik seperti Rumah Api Jugra, Istana Bandar, dan Masjid Sultan Alauddin.

5. Bukit Malawati

Selain Bukit Jugra, Bukit Melawati juga merupakan lokasi bersejarah di Selangor. Ia adalah pusat pentadbiran dan kubu Kesultanan Selangor pada abad ke 18 dan 19.

Anda akan menemui kesan-kesan peninggalan sejarah termasuk dinding pertahanan kota, tapak istana, rumah api, makam diraja, telaga tujuh, telaga beracun dan beberapa Meriam.

gambar via http://www.mdks.gov.my/


Ada ‘kereta api’ khas bagi kemudahan pengunjung bergerak ke mana-mana kawasan. Dalam perjalanan, anda mungkin akan dapat melihat Monyet Silvery Lutung yang mendukung anaknya yang berwarna oren dan monyet ekor panjang. Jangan kacau atau tunjuk hero dengan haiwan tersebut, kerana akibatnya anda boleh fikir sendiri.

6. Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara

Telah diwartakan pada tahun 2010, Hutan Simpan Komuniti seluas 320 hektar ini bertujuan  untuk rekreasi, pendidikan dan kajian.

Menjadi tumpuan terutamanya pada hujung minggu, mereka yang yang datang ke sini adalah untuk berbasikal dan mendaki bukit. Ada 6 laluan yang mana setiap satunya sejauh kira-kira 2km.



Anda juga dialu-alukan untuk menambah ilmu dengan mempelajari mengenai tanaman tradisional komuniti Orang Asli Temuan di Taman Aunty Sipew yang dibuat khas bagi tujuan tersebut.

Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)

7. Pulau Carey

Komuniti Mah Meri iaitu salah satu daripada 18 kumpulan Orang Asli yang terdapat di Malaysia.

Mereka amat terkenal kerana menghasilkan topeng dan patung kayu daripada sejenis kayu merah bernama Nyireh Batu.

via http://www.wonderfulmalaysia.com/


Malah, mereka mempunyai kira-kira 25 tukang kayu atau pengukir yang menghasilkan lebih daripada 100 rekaan.

Ramai juga yang datang ke sini untuk menikmati makanan laut mereka, di samping berjalan-jalan di tepi pantai.

Pulau Carey yang berkeluasan satu per lima daripada Singapura ini diliputi oleh ladang kelapa sawit.

8. Rumah Api Bukit Jugra

Terletak di Kuala Langat, Bukit Jugra mempunyai banyak sejarah dan kawasan ini memiliki dua rumah api. Rumah api paling tua dibina semasa pentadbiran British, manakala yang kedua dibina pada 1976 selepas Kuala Langat tidak lagi menjadi ibu negeri.

via https://www.visitselangor.com/


Tinggi rumah api yang pertama setinggi 146 meter dan yang kedua setinggi 25 meter. Dari puncak rumah api ini, anda akan melihat pemandangan indah di sekitarnya termasuk Sungai Langat mengalir ke Selat Melaka selain pemandangan Pulau Carey seperti yang diceritakan pada no 7 diatas.


9. Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah

Masjid Biru, memang satu negara boleh katakan kenal dengan nama itu. Ia merupakan masjid yang terbesar di Asia Tenggara dengan kubah dan menaranya juga dikatakan yang terbesar di dunia.

Namanya bersempena mantan Sultan Selangor yang bukan sahaja memerintahkan binaannya, malah baginda turut mendermakan elaunnya untuk pembinaan masjid ini.



Senibina masjid ini menggabungkan ciri-ciri moden dan tradisional dengan sentuhan unsur senireka Melayu dan Timur Tengah. Tengok dari jauh memang cantik apatah lagi bila kita dah masuk dalamnya.

Masjid ini menyediakan kemudahan termasuk galeri seni, bilik persidangan, dewan serbaguna, bilik seminar, perpustakaan dan kelas agama.

10. Ladang Teh Boh Bukit Cheeding

Tempat ini boleh dikatakan orang Selangor sendiri pun ramai yang tak tau akan kewujudannya. Admin sendiri pun tidak menyangka ada ladang teh di Banting, Selangor kerana biasanya teh ditanam di tanah tinggi seperti Cameron Highland.

Sebenarnya, ladang teh ini merupakan ladang teh tanah rendah yang telah dibuka sejak tahun 1927.Ia ditanam di bawah pokok kelapa sawit secara berselang-seli dalam kawasan ladang seluas 210 ekar. Agak unik juga cara menanamnya.

via http://www.mdkl.gov.my/


Kaedah penanaman ini merupakan yang pertama seumpanya di dunia. Sebagaimana ladang teh yang ada di Cameron Highland, ladang teh ini juga mempunyai ladang khas bagi memproses dan membungkus teh.

Jadi, kepada mereka yang mahu melihat keunikan kaedah penanaman dan pemprosesan teh tanah rendah, jemput ke Ladang Teh Boh Bukit Cheeding yang terletak di Banting dalam Daerah Kuala Langat.


10 tempat menarik diatas adalah hanya secebis sahaja tempat menarik di Selangor. Anda ada perkara menarik hendak dikongsikan? Emel kepada kami di travelhooray@gmail.com.





Catat Ulasan

0 Ulasan