10 Tempat Menarik Di Perak

Kalau dengar je nama Negeri Perak, orang akan mula terbayang bayang nama nama tempat yang terkenal, contohnya Ipoh, Taiping, Teluk Intan, dan Bagan Datok.

Negeri ini juga banyak tempat tempat menarik dan pelancungan yang menjadi sebutan rakyat Malaysia, dibawah kami senaraikan 10 daripada berpuluh puluh tempat menarik yang berada di Perak.

1. Gua Tempurung

Boleh jadi tak ramai bawa anak anak kesini atas faktor faktor tertentu. Suatu tempat yang mempunyai kelainan untuk anda bawa anak anda. Bawa dan cubalah bawa mereka ke Gua Tempurung bersama jurupandu bertauliah mereka.

Ada beberapa pakej disediakan yang memakan masa sejam sehingga 2 jam. Anak anda pasti mempelajari sesuatu yang baru dan menarik untuk dikongsi dengan rakan-rakan.

image via https://blog.airpaz.com/en/gua-tempurung-malaysia/


Harga Tiket berbeza beza mengikut pakej yang anda mahukan:

RM8-RM30(dewasa)
RM4-RM15(kanak-kanak)
RM20-RM50(warga asing dewasa)
RM10-RM25(warga asing kanak-kanak)


2.Orang Utan Island

Pulau yang berkeluasan 35 ekar ini menjadi tempat tinggal Orang Utan. Kehadiran anda akan disambut meriah oleh orang utan yang bermacam macam ragam dan telatah.

Pulau ini juga menjadi tempat pengkaji pengkaji sains untuk membuat kajian tentang alam Orang Hutan.

Orang Utan Island


Dengan adanya Pulau ini, orang yang sebenar iaitu kita bolehlah mengenali spesis haiwan ini agar suatu hari nanti tidaklah anak cucu kita tertanya tanya apakah itu Orang Utan.

Harga Tiket:
RM30 (dewasa)
RM18 (Kanak-kanak)
RM36 (warga asing dewasa)
RM36 (warga asing kanak-kanak)


3.Royal Belum State Park

Kawasan ini mempunyai hutan hujan yang berusia lebih 130 juta tahun. Ianya juga dipercayai lebih tua berbanding hutan-hutan hujan lain di dunia termasuk hutan Amazon.

Hutan yang berkeluasan seluas 134,167 hektar yang sentiasa dijaga rapi sememangnya menyimpan khazanah dunia yang sangat berharga untuk diterokai.

Anda akan dapat melihat haiwan-haiwan liar yang menghuni hutan ini dan bunga terbesar dunia iaitu Rafflesia.



Antara lainya, Air Terjun Sungai Kooi dan Sungai Papan juga adalah  sebahagian tarikan yang berada di Royal Belum State Park ini.

Terdapat resort yang dibina di pulau buatan iaitu Pulau Banding. Bolehlah pada mereka yang mahu melupakan sejenak hiruk pikuk kota untuk menikmati keindahan alam semesta disini.


4.Zoo Taiping & Night Safari

Keunikan yang ada di zoo ini ialah ianya menyediakan pengalaman Night Safari atau senang katanya boleh berjalan masuk di zoo ini pada waktu malam.

Merupakan yang pertama di Malaysia, bolehlah bawa anak anak, teman treman kesini sambil menikmati bunyi bunyian haiwan pada waktu malam.

image via https://www.tripadvisor.com/


Suatu pengalaman yang pastinya berbeza diantara yang lain.

Harga Tiket:
RM17 (dewasa)
RM8.50 (Kanak-kanak)

Night Safari:
RM21.20 (dewasa)
RM10.60 (kanak-kanak)



5.Pulau Pangkor

Selain Pulau Langkawi di Kedah, Pulau Pangkor boleh dikatakan antara Pulau yang terkenal di Malaysia dan luar negara. Ianya amat sinonim dengan negeri Perak Darul Ridzuan.

Pada awalnya, Pulau Pangkor lebih dikenali sebagai tempat pengeluar ikan masin dan ikan bilis sehingga ia berubah menjadi lokasi pelancongan terkemuka namun ikan bilis dan ikan masin tetap ada disini.



Jika anda nak datang kesini bersama anak anak dan keluarga, dinasihatkan, buatlah tempahan awal untuk penginapan seperti hotal ataupun chalet. Jika lambat atau mahu walk in dikhuatiri akan penuh.

Bolehlah buat perbandingan harga hotel anda disini -->> Perbandingan Harga Hotel

Datanglah beramai ramai.


6.Sungai Klah Hot Spring

Suasananya yang dikelilingi pepohon hijau, bukit, dan sungai amat memukau perhatian sesuailah dengan kos pembinaan yang menelan belanja RM6 juta.

Ramai orang yang percaya bahawa mata air panas ini berkeupayaan untuk mengubati masalah kesihatan seperti sakit kulit dan otot.

image via https://www.myadventurehost.com/


Antara aktiviti di sini ialah mandi di jakuzi, merebus telur, refleksologi air, dan berjalan di atas papan laluan mata air panas.

5 buah villa disediakan untuk mereka yang berkeinginan untuk bermalam di sini.


7.Tasik Banding

Keindahan Tasik Banding dan keseronokannya sering kali dikongsikan di media sisial. Namun tentunya lebih indah jika anda datang ke sini beramai-ramai bersama keluarga atau sahabat sahabat.

Dapatkanlah pengalaman untuk mencuba bermalam di rumah bot di tengah tasik ini. Jauh dari pencemaran bunyi danhiruk pikuk di bandar, pasti stress kerja dan mental koyak anda akan terubat disini.

image via https://jemariaida.blogspot.com/


Lengkapkan percutian anda disini dengan aktiviti mencuba nasib iaitu dengan memancing, tapi pastikan dapatkan info info terlebih dahulu .

Jaga keselamatan kerana tasik ini dalam untuk mandi.


8.Galeri Sultan Azlan Shah

Galeri yang mempamerkan perjalanan hidup Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ini amat indah dari segi senibinanya ini. Ianya adalah binaan semula Istana Ulu atau turut dikenali sebagai Istana Kota.

iamge via http://gsas.perak.gov.my/


Idea rekabentuk adalah dari Kapten Maurice Alexander Cameron iaitu Timbalan Jurutera Kolonial dan Ketua Juruukur Negeri-Negeri Selat ketika itu iaitu sekitar tahun 1800. Senibinanya mempunyai gabungan beberapa pengaruh seperti India dan Acheh.

Pengukirnya pula ialah Raja Harun Al-Rashid yang merupakan pengukir terkenal pada masa itu.
Alamat: Kuala Kangsar, Perak


9. Masjid Ubudiah

Terletak di Kuala Kangsar, ini ntara masjid terindah di Malaysia. Kubahnya yang berwarna emas membuatkan sesiapa yang memandang pasti tertawan melihatnya. Lebih-lebih lagi ia dibina di puncak Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

image via wikipedia


Masjid Ubudiah dibina sebagai tanda kesyukuran Sultan Idris Murshidul Adzam Shah kepada Allah SWT selepas baginda sembuh dari penyakit, itulah kisah menarik di sebalik mengapa ia dibina.

Senibinanya adalah dari pengaruh Indo-Saracen dengan bentuk octagon, berdiameter 30 kaki.Batu asas untuk masjid ini diletakkan pada September 1913.


10. Menara Condong Teluk Intan

Tak lengkap tulis tentang tempat menarik di Perak tanpa memasukkan Menara Condong Teluk Intan

Ianya dibina pada tahun 1892 ini umpama lambang bagi Teluk Intan. Fungsi asalnya adalah sebagai tangki simpanan air untuk dibekalkan kepada penduduk sekitar selain turut berfungsi sebagai jam.

Walaupun ia sudah tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air, namun jamnya masih berfungsi dengan baik sehingga kini.

image via wikipedia


Faktor ia menjadi condong kerana struktur tanah yang lembut dan kesan daripada bebanan tangki yang menakung air.

Menara yang direka oleh En Leong Choon Cheong ini telah menerima penambahbaikan di sekitarnya dengan penurapan menggunakan bata.

Pada masa kini, Menara Condong Teluk Intan menjadi lokasi pelancungan penduduk tempatan untuk melakukan pelbagai aktiviti.


Banyak lagi tempat tempat menarik di Negari Perak ini. Kalau nak tulis semua memang tak cukup seminggu. Marilah melancung didalam negara.

Baca Juga: 10 Tempat Menarik Di Selangor


Catat Ulasan

0 Ulasan